Vancouver

29 04 2010

24 April 2010

1.Hari ini saya memulakan aktiviti menjelajah kota Vancouver ini.

2. Saya suka dengan suasana dan kedudukan geografi Vancouver yang dikelilingi oleh gunung2 yang diliputi ais/salji. Sungguh saujana mata memandang. Kedudukannya di tepi laut juga menambah keunikan kota ini.

3. Kota ini tidak lah besar seperti Toronto. Senang untuk berjalan kaki di sini, meredah dari satu tempat menarik ke tempat menarik yang lain.

4. Antara tempat menarik yang sempat dikunjungi adalah Stanley Park, English Bay, Chinatown, Gastown, dan North Vancouver, Tempus World of Science, Olympics Park, Granville Island.

5. Aktiviti riadah seperti berjalan kaki amat sesuai dilakukan di Stanley Park. Kesempatan juga diambil dengan menaiki feri dari pusat bandar ke Vancouver Utara. Permandangan seluruh Vancouver dapat dilihat melalui feri ini. Sungguh menarik.

6. Jika ingin membeli-belah, dirasakan Vancouver amat sesuai dan harganya berpatutan jika dibandingkan dengan Montreal dan Toronto. Makanan halal tidak menjadi masalah kerana di sini banyak komuniti muslim dan terdapat beberapa restoran halal sekitar pusat bandar.

7. Pengangkutan awam sungguh efisien, bas dan subway. Digalakkan ambil pas harian. Cuma 9CAD sahaja.

8. Secara keseluruhan, Vancounver memang best dan menarik dan antara kota yang aku suka sepanjang berada di Kanada ini. Maklumat lanjut mengenai tips2 pelancongan, panduan serta tempat2 menarik di Vancouver boleh diperoleh di www.tourismvancouver.com

šŸ™‚
Nota: berikut adalah beberapa gambar kenangan di Vancouver. Lebih banyak gambar boleh didapati dalam album facebook saya.


Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: