Taipei City, Taiwan

29 04 2010

17 April 2010

1. Taipei Taoyuan International Airport merupakan lapangan terbang yang agak menarik. Banyak kedai bebas cukai. Imigresen yang mudah dan ringkasa.

2. Dengan berbekalkan NTD1,500 (MYR180), saya memulakan sesi menjelajah tempat-tempat menarik di sekitar Taipei City.

3. Terdapat banyak bas untuk ke bandaraya Taipei itu. Dengan tambang serendah MYR9, perjalanan adalah lebih kurang sejam untuk ke pusat bandar menaiki bas tersebut.

4. Sepanjang perjalanan tersebut, dapatlah lihat permandangan dan suasana luar Taipei. Cuaca di Taipei agak dingin dengan suhu sekitar 16 darjah.

5. Tempat pertama aku pergi adalah Taipei 101 tu, yang merupakan antara bangunan yang tertinggi di dunia. Seterusnya saya pergi ke Chiang Kek Sai Memorial, National Theater, National Gallery dan National Palace Museum dan sempat singgah di beberapa pusat membeli belah yang banyak di Taipei ini. Pasar malam pun banyak, tapi kena pergi waktu petang lah.

6. Perjalanan di sekitar bandar adalah mudah, dengan membeli pas harian yang berharga dalam MYR21. Hampir semua tempat menarik boleh dikunjungi dengan menaiki MRT di sini.

7. Taipei ini pun banyak taman-taman yang menarik. Suka tengok pokok2 di taman tersebut.

8. Secara keseluruhannya, Taipei ini sesuai untuk dikunjungi oleh sesiapa sahaja, terutamanya yang suka membeli belah.

🙂


Actions

Information

6 responses

18 11 2010
hidayat

Hello,
Hujung bulan ni aku akan overnight kat Taipei.
Boleh suggest tempat2 menarik yg nk pg dan tempat2 yang ade makanan halal?

18 11 2010
gme81

Berapa lama di Taipei.
Hari tu aku overnight semalam je.
So x sempat explore semua.
Mengenai makanan halal, x sempat nk cari, since aku makan buah dan makan roti plus tuna serta biskut2 yg di bawa dari Malaysia.
Dalam masa 12 jam di Taipei, sempat pergi ke TAipei 101, Memorial Park dia, Museum, pastu downtown shopping,
Nk jalan senang je, naik lrt dia, ikut je map.
Gambar2 ada kt facebook.
Tk.

18 11 2010
hidayat

Satu malam jg. Pukul 2 ptg sampai Taipei. Esok paginye balik Malaysia.
Owh,mcm mn nk tau MRT station yg mn?
Aku stay dekat dengan MRT St Ximen. So, museum or Taipei 101 kena berhenti kat st mn?
Tq for the information.

18 11 2010
gme81

Ximen tu dh tgh bandar, senang, dr situ naik MRT line biru, turun kt Taipei City Hall utk ke 101.

Pastu patah balik, ambil MRT line kuning, ke Chung Tat Sen rasanya utk ke Memorial park dan beberapa landmark menarik kt situ.

Pastu ambil line merah ke stesen Shilin, pastu dari situ boleh ambil bas atau naik cab ( murah ) ke National Palace museum tu.

18 11 2010
hidayat

Owh,tq for the information.Really appreciate it.

18 11 2010
gme81

Tak sempat nk tulis panjang2 coz reply guna phone. Lagipun, all the details ada kt umah. He he.
Have a pleasant stay in Taipei. ( although a very short one ) he he.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: