Niagara Falls, Ontario

29 04 2010

19 April 2010

1. Hari ini saya telah menyertai pakej berharga CAD80 untuk ke Niagara Falls, Ontario, Canada.

2. Niagara Falls merupakan salah satu tarikan utama untuk saya sampai ke Toronto ini. Perjalanan adalah selama 1 jam setengah dari pusat bandar ke Niagara city ini. Sebenarnya, kalau tidak mahu ambil pakej, pengunjung boleh sahaja datang ke Niagara ini dengan menaiki bas, ataupun keretapi ViaRail.

3. Niagara Falls ini merupakan antara air terjun termasyhur di dunia. Dengan sampai di Canadian side, saya berpeluang menyaksikan keajaiban kedua2 airterjun iaitu Canadian Horseshoes dan American Falls. Maka dapat lah tengok kedua2 air terjun belah USA dan Kanada.

4. Di sini, pengunjung berpeluang menaiki bot dan pergi ke Maid of The Mist, di mana, kita dapat merasai nikmat berada dekat dengan air terjun tersebut di samping mendegar bunyi jhempasan air yang mengasyikkan.

5. Terdapat pelbagai kemudahan seperti hotel, casino, tempat makan dan sebagainya di bandar Niagara ini. Semuanya lengkap. Taman sekitarnya juga menarik.

6. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Niagara Falls dan sekitarnya seperti sejarah, kemudahan dan sebagainya, boleh lah singgah di website http://www.niagarafallstourism.com/

7. Dari Niagara Falls, saya ke Niagara-on-the-Lake, di mana di sini lah tempat air terjun niagara falls bertemu dengan Lake Ontario. Bandar lama di niagara-on-the-lake ini pun menarik, tenang dan aman.

8. Seterusnya, saya berkesempatan untuk ke wineyard, tengok diaorang buat wine dan tasting wine2 yang ada. Saya sekadar minum jus je lah. Tgk pengunjung lain menikmatinya. Ha ha.

🙂

Berikut adalah beberapa gambar kenangan di Niagara Falls. Banyak lagi gambar telah dimuatkan dalam album facebook saya.


Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: