Eva Air

29 04 2010

16 April 2010

1. Eva Air merupakan pilihan paling murah untuk aku bagi sektor Kuala Lumpur – Taipei – Toronto.

2. Eva Air merupakan salah satu syarikat penerbangan 4 bintang berdasarkan ranking skytrax. Untuk perbandingan, MAS adalah syarikat 5 bintang.

3. Untuk sektor Kuala Lumpur – Taipei – Kuala Lumpur, saya telah menaiki pesawat A330-200. Untuk sektor Taipei – Toronto, saya telah menaiki pesawat B777-300ER dan untuk sektor Vancouver – Taipei, saya menaiki pesawat B747-400.

4. Perjalanan ke Taipei adalah 4 jam, Taipei ke Toronto 13 jam dan Vancouver ke Taipei 11 jam. Dalam kesemua sektor penerbangan, IFE (inflight entertainment) Eva Air ni sama je. Hinggakan saya telah layan kesemua filem yang ada.

5. MOML (moslem meals) yang dihidangkan dalam penerbangan tersangatlah asas. Kira ok lah juga walaupun sekadar kentang, nasi, sayur dan ikan. Cukup untuk alas perut sepanjang perjalanan.

6. Secara keseluruhan, penerbangan saya dengan Eva Air, memuaskan dan amat sesuai dengan kadar tambang yang ditawarkan.

7. Lupa nak tambah, Eva Air menyediakan penginapan percuma di hotel berdekatan dengan Taipei Airport memandangkan saya transit di sana lebih 8 jam, maka, sempat lah saya menjelajah Taipei City, walaupun seketika.

🙂


Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: