Canada, Here I Come !

29 04 2010

17 April 2010

1. Selepas hampir 13 jam perjalanan dari Taipei, saya selamat tiba di Toronto P. Lester International Airport. Urusan imigresen yang mudah dan tanpa banyak soal jawab daripada pegawai bertugas. Memandangkan visa dah terang-terang nyatakan saya ini pelancong. Toronto pada masa ini adalah waktu malam dengan cuaca agak sejuk dengan suhu sekitar 4 darjah. Wow.

2. Perjalanan daripada lapangan terbang ke pusat bandar adalah dengan menaiki bas ekspres shuttle. Perkara pertama menarik perhatian saya adalah perkhidmatan wifi yang terdapat dalam bas ini. Perjalanan 40 minit terasa begitu cepat dan tidak membosankan.

3. Permandangan dari lapangan terbang ke pusat bandar agak menarik dengan kelihatan pencakar-pencakar langit di Toronto. Toronto merupakan bandar terbesar di Kanada.

4. Sepanjang saya di Toronto, saya telah menginap di guest house, yang berdekatan dengan Chinatown. Dengan CAD30 semalam, kiranya berpatutanlah kerana bilik adalah ensuite, wifi, dan yang penting ada ruang untuk sembahyang dalam bilik.

5. Di Toronto, terlalu banyak wajah2 Asia, Afrika, dan sebagainya. Chinatown dia pun besar. Makanan halal tidak menjadi masalah di sini. Ramai orang Arab dan muslim2 lain. Terdapat beberapa Masjid sekitar Toronto. Maka, tidak menjadi masalah untuk beribadat dan sebagainya.

6. Terlalu banyak shopping kompleks serta bangunan yang mempunyai reka bentuk menarik di sini. Toronto ini terlalu besar, terdapat Chinatown, Koreantown, Greektown, Indiantown dan sebagainya di sini. Di samping itu, terdapat juga district2 yang sudah ditentukan seperti financial district, entertainment district, fashion district.. Sungguh senang untuk menjelajah kota ini.

Bertemu di entri akan datang.

🙂

Nota: maklumat lanjut mengenai lapangan terbang Toronto boleh didapati di sini


Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: