Bukit Broga

22 03 2010

Tarikh: 21 Mac 2010, Ahad, 4.00 petang – 6.30 petang

Sebenarnya sudah lama aku teringin nk panjat Bukit Broga (atau bukit lalang ini). Yelah, bila tengok blog kawan2 atau facebook mereka, maka, timbul keterujaan untuk memanjat bukit ini.

Di mana letaknya Bukit Borga? Bukit ini tak berapa jauh daripada Semenyih, iaitu dekat dengan University Nottingham Malaysia Campus. Lepas je kawasan universiti tu, ada ladang kelapa sawit, maka, kat situ lah jalan nk ke bukit broga. Jarak dari Semenyih, adalah dalam 6 km kot. Cara paling mudah, bawak kereta sendiri, dan bila lalu je tepi ladang kelapa sawit tu, boleh nampak banyak kereta parking kt situ, terutamanya awal pagi atau petang (yelah kot, aku x pernah datang awal pagi lagi, he he, tapi org cakap awal pagi lagi ramai dan menarik untuk panjat bukit tu).

Secara geografinya (eceh, skema nya ayat aku), bukit ini berbatu di puncaknya. Ketinggian nya rasanya dalam 380 meter kot. (Kalau pembaca nak tahu ketinggian sebenar, sila lah google, he he).

Dari papan tanda ke puncak1, bukit tu adalah dalam 1.7km kot berjalan kaki. Maka, kalau nk selesa, pakailah pakaian yang sesuai untuk mendaki. Bukit Broga ini sesuai dijadikan tempat untuk beriadah. Maka, boleh lah amalkan gaya hidup sihat dengan memanjat bukit ni. Ada 4 puncak di bukit ini. Puncak yang pertama, rasanya paling menarik. Tumbuhan utama atas ini adalah lalang. Lalang ini yang menyerikan puncak bukit ini.

Jangan lupa bawa air secukupnya kalau nk naik bukit ini. (mesti korang pernah panjat bukit/gunung kan), maka, secara logiknya semua dah tahu kelengkapan nk panjat2 ni kan. Yelah, kak atas tu takde 7-ELEVEN atau kedai jual air. Ha ha. Pendakian adalah tidak sukar. Cuma, aku rasa, nk panjat puncak 1 tu memang ala2 90 darjah kot. Tempat berpaut adalah lalang sahaja, (tiba2 pikir pasal keselamatan kan), yelah kalau turun ramai2 pastu ada seorang dua yg tergelincir, mahunya jatuh tergolek cam bola boling. He he. Semalam, kebetulan masa turun hujan renyai2, maka, cuak jugak lah aku bila mula menuruni bukit ni (gayat pun ada…) Yelah licin kan. Mujur ada grup lain, kalau tak mahunya aku terkial2 dalam hujan kt situ kan. Ha ha.

Permandangan atas ini memang menarik. Cuma sayang semalam cuaca gelap, maka, gambar pun  ala2 gelap jer (rujuk gambar dari kamera ku yang x seberapa itu). Memang kat atas ni jadi port jurugambar sama ada bertauliah atau tidak. Ada yg bawak DSLR, lens macam2 jenis dan ada yg simple bawak compact camera je. Terpulang kepada kemahuan masing2 kan. Tapi memang cantik kalau dapat rakam matahari terbit atau terbenam dari puncak bukit ini.

Mungkin lain kali, aku datang waktu pagi pula. Secara keseluruhannya, aktiviti memanjat bukit broga ini memang menarik dan sesuai untuk mengeluarkan peluh dan membakar lemak.

Itu je.

#nota kaki; sila lah usha gambar2 kat bawah yg tak seberapa ini.

He he.

🙂


Actions

Information

2 responses

1 04 2010
sue

nmpk menarik je kawasan itu. mesti best bila dh smpai atas, tgk permandangan..

1 04 2010
gme81

memang menarik. dah 2 kali ke sana. nanti nk gi lagi…:)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: