Muzikal Gamat 2

15 03 2010

Tarikh: 14 Mac 2010

Lokasi : MATIC Jalan Ampang.

Muzikal ini pernah dipentaskan di Istana Budaya pada tahun lepas. Kali ini ianya dipentaskan dengan skala yang lebih kecil (namun masih meriah seperti tahun lepas) di Matic Jalan Ampang. Pementasan adalah bermula pada 12 – 22 Mac 2010.

Tarikan utama pementasan kali ini adalah sudah tentu pada Ziana Zain (sebagai Obor-Obor), Misha Omar (Buntal) dan pelakon tetap Ibu Gamat (Amy Mastura). Memang kelakar dan spontan habis mereka menggamatkan auditorium Matic ini. Oleh kerana auditorium ini berkapasiti 400 orang (rasanya lah kot), maka, pementesan menjadi lebih dekat dengan penonton, dan interaksi yang lebih berkesan. Aku memang duduk depan lah juga, dekat dengan pentas utama. Memang puas. Lagu2 sepanjang muzikal ini masih segar dan bertenaga.

Sinopsis muzikal Gamat 2 :

Muzikal Gamat membawa mesej untuk gaya hidup sihat, sayangkan alam sekitar dan pentingnya mendengar nasihat ibu bapa. Ia membawa kisah tentang kehidupan di dasar laut yang penuh dengan suka dan duka. Ada yang sakit akibat terkena sisa toksik yang dibuang oleh manusia. Banyak lagi penyakit lain yang melanda akibat kecuaian kita terhadap penjagaan kesihatan dan alam sekitar.

Pada suatu hari, Ketam Bunga, Ketam Batu dan Bintang keluar bermain di Taman Laut. Tiba-tiba mereka tersesat ketika leka dan seronok bermain. Mereka terjumpa dengan Mat (anak gamat) yang sedang ke Taman Plankton tanpa pengetahuan ibu bapanya, sedangkan ibu dan bapanya menyuruh Mat duduk di rumah sahaja.

Di Karang Puaka, Kurita sakit terkena sisa toksik yang dibuang manusia ke laut. Kurita mengarahkan pengikutnya Obor-Obor untuk menangkap Ibu Gamat bagi mengubati penyakitnya. Malangnya, Obor-Obor tersalah tangkap Mat. Kurita sangat marah dan bertambah sakit.

Apabila ibu Gamat sedar anaknya hilang, dia berjumpa dengan Buntal (polis laut). Mereka mengajaknya berjumpa dengan Mahatahu (Belut Laut) yang memberi petunjuk kepada Ibu Gamat untuk mencari anaknya.

Dalam perjalanan mereka telah berjumpa dengan pelbagai penghuni laut seperti kuda laut (juru rawat), ikan barakuda yang berani dan umang-umang serta landak laut yang nakal.

Akhirnya, Mat berjaya ditemui. Kurita dan Obor-Obor telah ditangkap dan dibawa ke muka pengadilan. Mereka yang dikenakan hukuman membersihkan Taman laut dan berjanji tidak mengganggu penghuni laut yang lain.

**Dipetik daripada buku program muzikal Gamat 2.

* Suka tgk gelagat Ziana, Misha dan Amy bergabung atas pentas.

* Kumpulan Umang-Umang memang memukau dengan tarian shuffle nya.

*Malam tadi hanya dapat bergambar dgn Obor-obor, Mat dan Ibu Saudaranya sahaja. Ibu Gamat dan Buntal terpaksa bergegas pulang kerana ada komitmen lain (betul ke? tapi mmg malam td Amy Mastura dan Misha terus pulang. Cuma Ziana je yg stay utk sesi tandatangan. Janji puas dapat jumpa Ziana. Ha ha.)

🙂


Actions

Information

4 responses

15 03 2010
sue

gmbr pls…hehe

15 03 2010
gme81

suhana : nanti saya akan upload kan gambar. kamera tertinggal kat rumah hari ni. hu hu.🙂

17 03 2010
Aishah

waa…bestnya dpt tgk teater..enjoy abis ye..bila la nk dpt g huhu..

17 03 2010
gme81

mengisi masa lapang

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: