Pulau Payar

10 05 2010

Tarikh: 8 Mei 2010

1. Hujung minggu kali ini, saya berkesempatan untuk ke Langkawi. Memang dah selalu sangat ke Langkawi, namun, ini kali pertama saya ke Taman Laut Pulau Payar.

2. Sedikit latar belakang mengenai Pulau Payar. Taman Laut Pulau Payar adalah merupakan taman laut terawal di Malaysia. Jaraknya adalah lebih kurang 35 km dari Langkawi. Untuk ke sini, terdapat 3 buah syarikat yang menawarkan perkhidmatan pakej ke sini. Harga pakej sehari adalah serendah RM100, termasuk hotel pick up, packed lunch, boat transfer. Syarikat tersebut adalah Coral Island, Langkawi Coral dan East Marine. Perjalanan adalah lebih kurang 1 jam 20 minit dengan menaiki feri dari Jeti Kuah. Kalau nak cepat dan lebih privasi, pengunjung boleh je sewa speed boat, dengan kadar tertentu, perjalanan lebih cepat.

3. Maklumat lanjut mengenai Taman Laut Pulau Payar boleh diperoleh di http://www.dmpm.nre.gov.my/38-ptl_kedah.html . Dalam web tersebut terdapat penerangan lengkap mengenai Taman Laut Pulau Payar.

4. Setelah mengambil pakej sehari dengan Coral Island pada harga RM100, saya menaiki feri catamaran dari jeti Kuah ke Pulau Payar ini. Sampai-sampai sahaja, aktiviti pertama dilakukan adalah snorkeling dan mandi manda serta menikmati bahang mentari di pantai.

5. Tanggapan saya mengenai coral yang ada berdekatan kawasan snorkeling: Coral tersebut kebanyakan seolah2 hampir mati dan tidak secantik di Redang. Namun, tak tahulah pulau macam mana rupa coral di kawasan2 diving yang ada sekitar Pulau Payar ini. Namun, yang menariknya adalah ikan-ikan di sini, banyak ikan, termasuklah nemo dan baby shark. Di sini, baby shark dia sungguh banyak dan agak jinak (he he) [Jika dibandingkan dengan Redang pada minggu lepas, baby shark di sini lagi mudah kelihatan].

6. Puas ber-snorkeling dan mandi manda serta bergambar sikit, maka, feri bertolak pulang sekitar jam 4.00 petang. Sememangnya Pulau Payar ini sesuai dikunjungi untuk aktiviti snorkeling dan diving. Nak berkelah kat sini pun boleh juga.

:)

About these ads

Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: